TUGAS KE 5 - CEMPEDAK DURIAN (Artocarpus chempeden)
Merupakan satu varieti cempedak yang tidak begitu popular, buah ini mempunyai aroma atau bau yang sangat kuat. Variasi ini telah didaftarkan didalam National Listing pada Juli 2013 dengan nomor CH38 dan nama varieti sebagai Cempedak Durian. Kedua-dua tanaman popular ini memang berbeda diantara satu sama lain kerana buah Cempedak (Artocarpus cempeden) adalah keluarga Moraceae sementara buah Durian (Durio zibethinus) adalah keluarga Malvaceae.
Cempedak-durian mempunyai ciri bentuk pokok, daun dan batang yang agak serupa dengan pokok cempedak varisi lain. Ketinggian pokok mencecah 15 - 18 meter dengan batang berbentuk selinder dengan kulit berwarna coklat kelabu gelap. Ia mempunyai banyak cabang dari peringkat rendah (anak benih cantum matatunas) dan bukan dari benih atau biji. Ranting ujungnya didapati berbulu. Daunnya berbentuk epiliptik pada bentuk obovate dengan ujung yang tirus berwarna hijau gelap dengan permukaan atas daun berkilat. Ukuran daun sekitar 8 - 22 cm panjang dengan 4 - 8 cm lebar dengan panjang tangkai sekitar 2-3 cm. Daunnya banyak dan merimbun terutama pada pokok muda. Bunga cempedak ini keluar dari ruas dahan dan juga batang pokok. Bentuk bunga dan warna sama seperti pokok cempedak variasi lain tetapi jumlahnya banyak bergantung kepada kesuburan pokok, umur dan keadaan cuaca.
Penanaman cempedak-durian menggunakan anak benih cantuman matatunas yang telah disahkan ketulinannya. Jarak tanaman adalah 9m x 9m untuk mendapatkan kepadatan 123 pokok sehektar. Lubang penanaman berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m dibuat dan masukkan bahan seperti baja organan (7.5 kg) dan Baja Fosfat (150 gram) dan dengan tanah serta dibiarkan selama 2 minggu. kawasan penanaman cempedak sebaiknya menerima cahaya matahari 100% dengan sistem saliran sempurna untuk mendapatkan kesuburan pokok optima. Anakbenih diletakkan dibagian tengah lubang dan padatkan. Pacak tiang kayu penanda pada pangkal pokok yang baru ditanam. Jadwalkan penanaman pada musim hujan kalau kebun tidak dipasang sistem pengairan. Pangkasan dijalankan dua peringkat yaitu Cantasan Pembentukan diperingkat awal penanaman kemudian Cantasan Penjagaan apabila pokok meningkat dewasa. Pokok perlu dicantas untuk mendapatkan perseimbangan dahan dan sistem pengudaraan sempurna.
Buah cempedak nangka keluar mengikut musim utama buah-buahan bermusim yaitu sekitar Juni - Agustus setiap tahun dengan jumlah bunga serta buah tidak menentu. Umumnya variasi ini mampu berbunga dan berhasil setelah 2.5 - 4 tahun ditanam. Bagaimana pun buah peringkat awal dibuang untuk menggalakkan pokok cepat membesar. Pokok yang berumur 4 tahun keatas umumnya sesuai disimpan untuk penghasilan tetapi proses penjarangan putik buah perlu dibuat jika jumlahnya terlalu banyak. Ini bertujuan untuk mendapatkan ukuran buah sesuai untuk dijual.
Buah cempedak Cempedak-durian ini berukuran kecil berbanding dengan varieti cempedak popular yang lain. Warna kulitnya adalah hijau kecoklatan seperti jenis durian berkulit kehijauan dengan durinya mempunyai bentuk tajam seperti buah durian. Bentuk buah yang bulat lonjong mempunyai tangkai sepanjang 3-5 cm sama seperti tangkai durian. Kebanyakan buah cempedak lain adalah berbentuk selinder memanjang yang amat mudah dikenali tidak seperti buah ini. Berat buah sekitar 500 - 900 gram.
Paling unik buah varieti ini adalah isinya dan aromanya. Isinya berukuran besar berwarna kuning orange. Beberapa buah yang dibelah menunjukkan terdapat sekitar 4 - 8 ulas saja isinya yang terletak pada bagian bawah buah. Bagian atas sering tidak ada isi ulas dan kosong. Rasa buah manis dan sederhana manis dengan kemanisan 10 - 16 %. Paling istimewa pada ciri buah ini adalah AROMA atau baunya yang sangat kuat seperti bau durian. Bau kuat yang terdapat menyebabkan kita berselera untuk memakannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar